silent

Suit the action to the word, the word to the action.
- William Shakespeare

Saturday, October 26, 2013

my dad, my bestfriend.

tadi aku tidur lepas maghrib. iyela, penat sangat sangat hari ni. padahal buat apa je. menghadap hp main game. haha. so petang tu dalam pukul 6 aku dah makan. tapi sikit je. sebab tengah hari tadi aku dah bantai dua bungkus nasi lemak. yee. nasi lemak untuk tengah hari. gila tak? so petang tadi aku bajet bajet nak makan dengan mak la. so makan sikit je. sebab selalu malam pukul 9 aku makan lagi. ceritanya lepas aku maghrib aku tertidur. mula mula masuk bilik tutup lampu, bajet nak main hp dalam gelap lah. last last aku yang tertidur.

then, aku tersebar pukul 11 lebih. aku tengok dah macam ni, baik sambung tidur je. tak sampai pukul satu aku terbangun. sebab LAPAR. serious lapar gilaa. macam lapar tengah hari. faham kan? so aku pergi dapur carik makanan. ingat ada nasi lebih. lauk tu tak kisah sangat. boleh masak telur, makan dengan ulam. jage kesihatan ya! hahaha. aku check periuk nasi, tinggal senduk je. hurmmm. memang tak lah nak masak nasi time macam ni. membazir je. pastu aku carik meggi. sebab stok meggi banyak lagi, iyela mak baru pergi shopping hari rabu. tapi takde, entah aku tak tau kat mana. takde kat tempat asal dia.

last last, aku decide nak keluar beli meggi kat 7e. dah siap semua sarung jeans, sweeter. aku nak ambil kunci kerete. aku nak terus keluar, iyela. ingat mak abah dah tidur. sebab selalu macam ni dah tidur. lalu bilik dieorang aku terdengar radio. aku ketuk pintu, abah sambut. aku minta izin nak keluar jap. abah tanya, yeke sekejap? aku senyum je. sebab abah tau, paling kejap aku keluar pun 1 jam. hahaha. abah tanya kenapa, aku lapar. lauk takde. meggi takde. pastu abah ajak lepak mamak. ajak aku makan berat sikit. hehehe. aku pun on je. iyela, abah belanje nanti. hehehe

nak keluar tu, abah suruh drive. hehehe. dah lama tak bawak slow ni. iyela, kalau sorang sorang drive. memang semua aku pecut. hahaha. tak jauh pun ke mamak al haddad tu. dalam 10 minit sampai. dalam perjalanan tu, abah tanya la study macam mana. nak sambung degree apa semua lah. aku jawab jer lah. itu ini ini itu. hehehe. sampai mamak, duduk dalam. abah pun tengah demam demam ringan. takut embun kan. aku pun tak kisah. abah ni special sikit. hehehe sebab dia suka layan aku. i mean kehidupan remaja aku lah. dia tak kisah pun kalau nak keluar pukul 1 ke 2 pagi ke. pernah duduk masa kat kajang, abah ajak pergi downtown pukul 2 pagi. terkejut jugak la. iyela, selalu kan aku je yang suka keluar time macam ni. hehehe
mase kat mamak, lepak lepak, makan, tengok badminton, gelak. macam aku lepak dengan kawan kawan aku yang lain. memang tak sunyi meja tu.

aku tak sangka seorang abah yang juga hero aku ialah sahabat aku. aku bersyukur sangat. kadang kadang ade connection macam kalau aku ade problem masa kat kolej, abah tetiba call, tanya khabar. im so happy boy. alhamdulillah..