silent

Suit the action to the word, the word to the action.
- William Shakespeare

Friday, August 23, 2013

tidur.



tiap saat, tiap minit, tiap jam, tiap hari, tiap bulan, tiap tahun, tiap dekad, tiap tahun dan tiap tiap tiap masa tidur is always be my passion.

okay, memang takde objektif pun aku nak tulis panjang macam atas ni. ni semua sebab ade member share link kat timeline then aku try bace blog dia. pastu tetibe nak update blog plak. so itu lah sebab nya yang membawa aku ke sini. cewaaaah :D

blog ni memang dah lame tertidur. even dah letak alarm sebelah telinge pon tak bangun. hahaha. memang aku malas nak post kat sini. entah ade yang bace ke tak. nanti kate syok sendiri plak. hahaha

bukan blog ni je memang tidur. actually, aku dan tidur tak boleh dipisahkan. satu hari mesti aku tidur lebih 8 jam. tak kire malam, siang pagi ke. yang penting 8 jam tu cukup untuk satu hari. aku memang spend 8 jam ni untuk tidur sehari. hehehe




tidur? apa yang pentingnya? gile tak penting wei?!! kalau tak tidur macam mane otak nak rehat? even kalau satu hari kau takde buat ape ape. still kene tidur gak. genius ke tak genius ke tetap kene tidur. HAHA



kalau hari biasa, aku akan naik katil dalam pukul 10 or 11 gitu. sebab kadang kadang mata aku ni degil taknak tidur. tapi bukan mata  patut disalahkan. kadang kadang over-thinking je sampai isomania. so kalau aku start nak tidur jam 10 gitu, maknanya kalau aku over-thinking sampai satu jam, aku still dalam cukupkan tidur 8 jam tu kan. sebab esok nye ade class, practical dan kerja akan datang nanti. hehe

bukan aku nak ajak semua jadi malas untuk tidur tidur tidur je. tapi kalau aku, even kite stay up untuk study sampai esok pagi pon tak gune. kat dewan exam nanti jadi blur otak. well, aku cerite ni berdasarkan pengalaman dulu. mase semester 2, esok first exam, pagi plak tu. aku dok study sampai 5 pagi. then dapat tidur kejap lepas subuh. then bangun dalam pkol 7.45 untuk bersiap. mase tu sumpah otak tak larat sangat. sampai aku nak pakai jeans tertukar seluar baju melayu. nasib roommate sempat tegur. then dalam dewan exam, memang aku tak boleh focus 100%. mase tengah exam tu tibe tibe otak aku jadi blank. tak ingat ape yang study semalam. aku tawakal mase tu. sampai habis exam aku try jawab, even ramai classmates lain dah lame kuar dewan. nasib paper tu lepas.



lepas tu memang aku dah taubat nak study sampai pagi. even member ajak stay up, aku tak berani. biarlah aku study awal awal dulu. boleh catch up semua chapter, dari stay up. haha

so the moral of the story is, tidur lah secukupnya kalau tak larat. tak payah nak ikot orang. kite bukan style kita sendiri. biar study last minute yang penting tidur tu. manage lah mase tu, setiap orang ade 24jam kan? kalau orang lain boleh buat, takkan kita tak boleh? okay.. tu je gua nak cakap. k choww.

No comments: