silent

Suit the action to the word, the word to the action.
- William Shakespeare

Wednesday, May 1, 2013

BAND.

dulu mase aku membesar. penoh dengan kesenian, muzik. ceh ayat. hahaha
the topic is BAND. aku memang suka band. rockband, popband, indieband. semua aku layan.
maybe dari kecik memang dah dihidangkan dengan lagu macam nie kot?

TADIKA
mase aku tadika dulu, abang2 aku semua da besar, kire remaja la. biase ler remaja2 kan suke menjiwai persekitarannye. makne nya terpengaruh dari rakan sebaya la. hahaha
along aku mase tu suka pasang lagu rock metal yang gila hardcore! memang tak faham la kan lirik dia just layan muzik dia sambil angguk2 kepale. tapi yang pelik nye, muzik tu langsung tak annoying bagi aku. aku boleh layan lagi. ingat lagi mak siap sorok kan radio sebab along sokmo dgr lagu rock kuat2. hahaha

SEKOLAH RENDAH
 bila aku dah sekolah rendah, banyak juga band2 baru naik. dari indie to mainstream. banyak gila la. haha
O.A.G spider, butterfinger . byk gila la. tapi yang aku minat just bape jea. maybe sebab lagu2 dia best kot. iyela, mase tu da boleh faham. haha
walaupun mase tu banyak genre music yang kuasai industri muzik dunia, ceh bajet! tapi aku still layan band.
MUSE, Linkin Park, Limp Bizkit. kalau lagu dieorg diputar kan kat radio mase dalam kereta, mesti aku minta mak kuat kan. hahaha

HIGH SCHOOL
muzik kat sekolah menengah sangat2 la mencapai kepuasan maksimum. iyela, mase tu da ade mp3, handphone, internet, astro. macam2 la. nak dgr lagu, download jea. hahaha mase ni memang satu kemuncak la. seriously so fun.
mase ni band yang popular macam maroon 5, green day, all american reject, MCR. byk gila. pastu bergaul dengan budak2 yg memang minat kat band. memang senang la aku nak dapat lagu baru.
then mase akhir2 zaman persekolahan, muzik indie kat malaysia baru naik. macam HUJAN, Bunkface, Meet Uncle Husien. well, mase ni ramai gak rakan sebaye aku yang memang tak suke dgr lagu macam nie. ade yang kate annoying, serabut.
aku just rilek je, sbb memang dari kecil kan dgr lagu dari band nie. hahaha takde masalah kot.

IPTA
zaman ipta ni, mase diploma kat uitm. tinggal kat kolej, lagi la dapat jumpa ramai gila bdk2 indie dari seluruh malaysia. serious! ade yang minat band tu, ade yang minat band lain. so memang peluang aku la nak kuasai telinga aku dengan muzik2 dari band2 yg aku suka. hahaha. so aku recycle semua lagu2 band lame sampai band baru sekarang. bila buat playlist kat handphone, fuhhh. dengar satu2 memang boleh buat cerita dari zaman ke zaman.


so itu la post aku kali nie. just nak share pasal bende yang aku minat jea. muzik yang aku dengar, band yang aku idola kan.


semua ada minat masing2 yang penting saling faham citarasa orang lain :)

No comments: