silent

Suit the action to the word, the word to the action.
- William Shakespeare

Saturday, October 26, 2013

my dad, my bestfriend.

tadi aku tidur lepas maghrib. iyela, penat sangat sangat hari ni. padahal buat apa je. menghadap hp main game. haha. so petang tu dalam pukul 6 aku dah makan. tapi sikit je. sebab tengah hari tadi aku dah bantai dua bungkus nasi lemak. yee. nasi lemak untuk tengah hari. gila tak? so petang tadi aku bajet bajet nak makan dengan mak la. so makan sikit je. sebab selalu malam pukul 9 aku makan lagi. ceritanya lepas aku maghrib aku tertidur. mula mula masuk bilik tutup lampu, bajet nak main hp dalam gelap lah. last last aku yang tertidur.

then, aku tersebar pukul 11 lebih. aku tengok dah macam ni, baik sambung tidur je. tak sampai pukul satu aku terbangun. sebab LAPAR. serious lapar gilaa. macam lapar tengah hari. faham kan? so aku pergi dapur carik makanan. ingat ada nasi lebih. lauk tu tak kisah sangat. boleh masak telur, makan dengan ulam. jage kesihatan ya! hahaha. aku check periuk nasi, tinggal senduk je. hurmmm. memang tak lah nak masak nasi time macam ni. membazir je. pastu aku carik meggi. sebab stok meggi banyak lagi, iyela mak baru pergi shopping hari rabu. tapi takde, entah aku tak tau kat mana. takde kat tempat asal dia.

last last, aku decide nak keluar beli meggi kat 7e. dah siap semua sarung jeans, sweeter. aku nak ambil kunci kerete. aku nak terus keluar, iyela. ingat mak abah dah tidur. sebab selalu macam ni dah tidur. lalu bilik dieorang aku terdengar radio. aku ketuk pintu, abah sambut. aku minta izin nak keluar jap. abah tanya, yeke sekejap? aku senyum je. sebab abah tau, paling kejap aku keluar pun 1 jam. hahaha. abah tanya kenapa, aku lapar. lauk takde. meggi takde. pastu abah ajak lepak mamak. ajak aku makan berat sikit. hehehe. aku pun on je. iyela, abah belanje nanti. hehehe

nak keluar tu, abah suruh drive. hehehe. dah lama tak bawak slow ni. iyela, kalau sorang sorang drive. memang semua aku pecut. hahaha. tak jauh pun ke mamak al haddad tu. dalam 10 minit sampai. dalam perjalanan tu, abah tanya la study macam mana. nak sambung degree apa semua lah. aku jawab jer lah. itu ini ini itu. hehehe. sampai mamak, duduk dalam. abah pun tengah demam demam ringan. takut embun kan. aku pun tak kisah. abah ni special sikit. hehehe sebab dia suka layan aku. i mean kehidupan remaja aku lah. dia tak kisah pun kalau nak keluar pukul 1 ke 2 pagi ke. pernah duduk masa kat kajang, abah ajak pergi downtown pukul 2 pagi. terkejut jugak la. iyela, selalu kan aku je yang suka keluar time macam ni. hehehe
mase kat mamak, lepak lepak, makan, tengok badminton, gelak. macam aku lepak dengan kawan kawan aku yang lain. memang tak sunyi meja tu.

aku tak sangka seorang abah yang juga hero aku ialah sahabat aku. aku bersyukur sangat. kadang kadang ade connection macam kalau aku ade problem masa kat kolej, abah tetiba call, tanya khabar. im so happy boy. alhamdulillah..

Monday, September 23, 2013

biasa.

"eh, kau asal ahh. tibe - tibe macam ni." "kau tau tak kau sama je macam dia" "bila aku je, kau blah an"

aku, terdiam. bukan kalah tapi pun manusia biasa. tak sempurna. aku ada kekurangan, masalah, sendiri. aku simpan. taknak orang nampak. memang tak bagi orang tau.
aku ada alasan sendiri kenapa boleh terjadi. aku tau, aku faham situasi itu. aku taknak kerohkan keadaan. aku biarkan...


*datang seorang teman, sekadar teman. "aku tak faham dengan kau"
senyum, itu jawapan aku. sebab aku tau, apa yang dia cakap, terludah balik muka dia. *macam dia main ludah - ludah dari tingkat 4 pastu dia mari bawah sambut ludah dia* aku jenis biasa je. memang takde apa apa. tapi aku tau mana yang baik atau buruk untuk aku. before it, bukan salah orang sekeliling aku. okay aku terlepas.


aku tak suka orang talam muka.
macam orang cuba baik dengan semua orang, walhal kepura puraan. taik apa kau?
bila ade orang sekeliling dia buat silap, terus nak judge, nak aibkan. celake apa kau?
ada orang yang kau benci, kau sakit hati, terus kau hasut orang lain untuk membenci dia, fitnah dia dengan cerita cerita hebat kau. babi ape kau ni?

orang lain ade buat silap jugak. takde yang perfect. kau perfect sangat? takde silap? kau Tuhan? kau malaikat? kau pun termakan dengan kata kata kau. puiiih! baik kau hidup dalam kotak, kata kata kau jadi najis kau. kau takde makanan, kau makan. ego kau jadi air kencing kau, kau takde minuman, kau minum.
orang lain pon ade salah sendiri. tak salah nak mengkritik, tapi kau lebih ke aib kan orang. orang lain ada maruah, kau kene jaga. orang lain ada perasaan, kenapa kau nak lukakan. orang lain ada hidup, bukan kau yang tentukan.


biasa. aku dah biasa dengan orang macam ni dalam kehidupan. bukan nak riak dan di bangga kan, tapi aku dah boleh handle sendiri benda macam ni.
tapi thanks kat semua. disebabkan korang, aku belajar teruskan hidup.

-ayat paling kerek-


Friday, August 23, 2013

tidur.



tiap saat, tiap minit, tiap jam, tiap hari, tiap bulan, tiap tahun, tiap dekad, tiap tahun dan tiap tiap tiap masa tidur is always be my passion.

okay, memang takde objektif pun aku nak tulis panjang macam atas ni. ni semua sebab ade member share link kat timeline then aku try bace blog dia. pastu tetibe nak update blog plak. so itu lah sebab nya yang membawa aku ke sini. cewaaaah :D

blog ni memang dah lame tertidur. even dah letak alarm sebelah telinge pon tak bangun. hahaha. memang aku malas nak post kat sini. entah ade yang bace ke tak. nanti kate syok sendiri plak. hahaha

bukan blog ni je memang tidur. actually, aku dan tidur tak boleh dipisahkan. satu hari mesti aku tidur lebih 8 jam. tak kire malam, siang pagi ke. yang penting 8 jam tu cukup untuk satu hari. aku memang spend 8 jam ni untuk tidur sehari. hehehe




tidur? apa yang pentingnya? gile tak penting wei?!! kalau tak tidur macam mane otak nak rehat? even kalau satu hari kau takde buat ape ape. still kene tidur gak. genius ke tak genius ke tetap kene tidur. HAHA



kalau hari biasa, aku akan naik katil dalam pukul 10 or 11 gitu. sebab kadang kadang mata aku ni degil taknak tidur. tapi bukan mata  patut disalahkan. kadang kadang over-thinking je sampai isomania. so kalau aku start nak tidur jam 10 gitu, maknanya kalau aku over-thinking sampai satu jam, aku still dalam cukupkan tidur 8 jam tu kan. sebab esok nye ade class, practical dan kerja akan datang nanti. hehe

bukan aku nak ajak semua jadi malas untuk tidur tidur tidur je. tapi kalau aku, even kite stay up untuk study sampai esok pagi pon tak gune. kat dewan exam nanti jadi blur otak. well, aku cerite ni berdasarkan pengalaman dulu. mase semester 2, esok first exam, pagi plak tu. aku dok study sampai 5 pagi. then dapat tidur kejap lepas subuh. then bangun dalam pkol 7.45 untuk bersiap. mase tu sumpah otak tak larat sangat. sampai aku nak pakai jeans tertukar seluar baju melayu. nasib roommate sempat tegur. then dalam dewan exam, memang aku tak boleh focus 100%. mase tengah exam tu tibe tibe otak aku jadi blank. tak ingat ape yang study semalam. aku tawakal mase tu. sampai habis exam aku try jawab, even ramai classmates lain dah lame kuar dewan. nasib paper tu lepas.



lepas tu memang aku dah taubat nak study sampai pagi. even member ajak stay up, aku tak berani. biarlah aku study awal awal dulu. boleh catch up semua chapter, dari stay up. haha

so the moral of the story is, tidur lah secukupnya kalau tak larat. tak payah nak ikot orang. kite bukan style kita sendiri. biar study last minute yang penting tidur tu. manage lah mase tu, setiap orang ade 24jam kan? kalau orang lain boleh buat, takkan kita tak boleh? okay.. tu je gua nak cakap. k choww.

Wednesday, May 1, 2013

BAND.

dulu mase aku membesar. penoh dengan kesenian, muzik. ceh ayat. hahaha
the topic is BAND. aku memang suka band. rockband, popband, indieband. semua aku layan.
maybe dari kecik memang dah dihidangkan dengan lagu macam nie kot?

TADIKA
mase aku tadika dulu, abang2 aku semua da besar, kire remaja la. biase ler remaja2 kan suke menjiwai persekitarannye. makne nya terpengaruh dari rakan sebaya la. hahaha
along aku mase tu suka pasang lagu rock metal yang gila hardcore! memang tak faham la kan lirik dia just layan muzik dia sambil angguk2 kepale. tapi yang pelik nye, muzik tu langsung tak annoying bagi aku. aku boleh layan lagi. ingat lagi mak siap sorok kan radio sebab along sokmo dgr lagu rock kuat2. hahaha

SEKOLAH RENDAH
 bila aku dah sekolah rendah, banyak juga band2 baru naik. dari indie to mainstream. banyak gila la. haha
O.A.G spider, butterfinger . byk gila la. tapi yang aku minat just bape jea. maybe sebab lagu2 dia best kot. iyela, mase tu da boleh faham. haha
walaupun mase tu banyak genre music yang kuasai industri muzik dunia, ceh bajet! tapi aku still layan band.
MUSE, Linkin Park, Limp Bizkit. kalau lagu dieorg diputar kan kat radio mase dalam kereta, mesti aku minta mak kuat kan. hahaha

HIGH SCHOOL
muzik kat sekolah menengah sangat2 la mencapai kepuasan maksimum. iyela, mase tu da ade mp3, handphone, internet, astro. macam2 la. nak dgr lagu, download jea. hahaha mase ni memang satu kemuncak la. seriously so fun.
mase ni band yang popular macam maroon 5, green day, all american reject, MCR. byk gila. pastu bergaul dengan budak2 yg memang minat kat band. memang senang la aku nak dapat lagu baru.
then mase akhir2 zaman persekolahan, muzik indie kat malaysia baru naik. macam HUJAN, Bunkface, Meet Uncle Husien. well, mase ni ramai gak rakan sebaye aku yang memang tak suke dgr lagu macam nie. ade yang kate annoying, serabut.
aku just rilek je, sbb memang dari kecil kan dgr lagu dari band nie. hahaha takde masalah kot.

IPTA
zaman ipta ni, mase diploma kat uitm. tinggal kat kolej, lagi la dapat jumpa ramai gila bdk2 indie dari seluruh malaysia. serious! ade yang minat band tu, ade yang minat band lain. so memang peluang aku la nak kuasai telinga aku dengan muzik2 dari band2 yg aku suka. hahaha. so aku recycle semua lagu2 band lame sampai band baru sekarang. bila buat playlist kat handphone, fuhhh. dengar satu2 memang boleh buat cerita dari zaman ke zaman.


so itu la post aku kali nie. just nak share pasal bende yang aku minat jea. muzik yang aku dengar, band yang aku idola kan.


semua ada minat masing2 yang penting saling faham citarasa orang lain :)